Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Luna Maya Hadiahkan Mesin Kopi RM700 kepada Tetamu Majlis Resepsi, Bukti 'Wedding of The Year'

ROSTAM, Mohamad Firdaus
31 Jul 2025, 02:36 PM

luna maya hadiahkan mesin kopi rm700 kepada tetamu majlis resepsi, bukti 'wedding of the year'Foto: Instagram

Majlis resepsi perkahwinan pelakon popular Indonesia, Luna Maya dan suaminya Maxime Bouttier bukan sahaja mewah, malah berjaya mencuri tumpuan ramai apabila tetamu yang hadir menerima cenderamata luar biasa berupa mesin kopi mewah.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Jakarta itu dianggap antara acara perkahwinan paling gah pada tahun ini, apabila setiap tetamu dilaporkan menerima sebuah mesin kopi yang dianggarkan bernilai 2,799,000 rupiah atau sekitar RM726.15 setiap satu.

Menurut Luna, 42, idea asal memberikan mesin kopi kepada para tetamu sebenarnya hanya bermula sebagai satu gurauan. Namun, beliau dan suaminya terkejut apabila pihak penaja benar-benar menjadikan gurauan itu satu kenyataan.

“Kami ‘pengsan’ bila dapat tahu semua tetamu akan dapat mesin kopi,” katanya secara berseloroh dalam satu temu bual. Kasihan yang kena bungkus dan lebih kasihan tetamu yang terpaksa angkat mesin kopi itu sendiri kerana beratnya tiga kilogram,” ujarnya.

Selain mesin kopi, para tetamu turut menerima set hadiah lain yang tidak kurang mewah termasuk satu set cawan seramik, sekotak kapsul kopi, vitamin, alat solek dan baucar rawatan kecantikan.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan muzik terkenal Indonesia, Sheila On 7, sekali gus menambahkan lagi suasana eksklusif dan meriah sepanjang acara berlangsung.

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama Luna Maya mempamerkan kemurahan hatinya kepada para tetamu yang hadir ke acara perkahwinannya. Pada majlis akad nikah yang berlangsung lebih awal di Bali pada 7 Julai lalu, Luna turut memberikan cenderamata istimewa berupa botol air berjenama Stanley serta produk kecantikan mewah dari jenama YSL Beauty.

Luna dan Maxime yang mempunyai jarak usia 10 tahun telah selamat diijabkabulkan dalam suasana penuh romantis dan eksklusif di pulau peranginan terkenal Bali, sebelum meneruskan sambutan resepsi di ibu kota Jakarta bersama rakan artis, keluarga serta kenalan terdekat.

Kemewahan dan perincian dalam setiap aspek majlis menjadikan perkahwinan pasangan ini antara yang paling dibincangkan di media sosial, sekali gus digelar ramai sebagai ‘wedding of the year’.

Sumber: KapanLagi.Com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us