berita hiburan era Anzalna Tak Sangka Lukisannya Dibida Hingga Cecah Ribuan Ringgit Bakat lukisan Anzalna semakin menyerlah bila dia mula menjual hasil lukisannya. Editor 01 Jun 2018, 11:33 AM Share Tweet Nampaknya lukisan Anzalna Nasir semakin mendapat perhatian di hati peminatnya. Dia hanya menjual lukisannya di akaun Instagram miliknya. Bagaimanapun, Anzalna tak menyangka apabila ada lukisannya yang dibida sehingga mencecah ribuan ringgit. "Sebenarnya saya tidak meletakkan harga untuk setiap lukisan yang dihasilkan sebaliknya pembeli yang akan membida harga."Saya juga terkejut apabila ada yang sanggup membida lukisan yang dihasilkan sehingga ribuan ringgit, sedangkan saya rasa lukisan saya bukanlah besar mana pun."Sehingga kini banyak juga lukisan saya yang telah dijual namun harganya berbeza-beza mengikut bidaan yang dilakukan."Ada juga mahu saya merahsiakan identiti mereka dan ada juga yang tidak kisah jika saya berkongsi pembelian mereka di Instagram saya," katanya kepada Astro Gempak.Dana yang dapat dari hasil lukisan akan diberi kepada pihak yang memerlukan sebagai salah satu cara charity. Hampir nak siap.... sikit je lagi.. 😅 Kepunyaan siapakah landscape painting ni? #AnzalnaDaVincci #Kaabahpainting #Landscape #CharityA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on May 31, 2018 at 8:29am PDT Paling sedih nak let go painting Phuket ni sebenarnya walaupun boleh buat lagi tapi feel dia tak sama.. Sold to @ellyamda Thank you for being part of my charity. Semoga murah rezeki selalu.A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on May 24, 2018 at 11:24pm PDT Share Tweet Filled Under : painting anzalna *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.