Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Mustahil Dapat RM100,000 Walau Hidup 100 Tahun Sekali Pun”- Luahan Sayu Penyebar Filem Munafik 2

Beliau menyatakan kekesalan atas tindakan menyebarkan filem tanpa izin
Editor
15 Nov 2018, 09:38 AM

Semalam, Mahkamah Majistret Taiping telah menjatuhkan hukuman denda RM100,000 kepada penyebar filem Munafik 2.

Baca: Syamsul Puas Hati Mahkamah Arah Pesalah Bayar RM100 Ribu

Selepas dikenakan tindakan, penyebar filem berkenaan memuatnaik status dilaman peribadi nya, menyatakan kekesalan atas tindakan beliau.

"Saya yang bernama Muhammad Izwan Shah ingin memohon maaf kepada pihak Skop Production terutamanya kepada Datuk Yusof Haslam dan anak beliau Syamsul Yusof kerana saya telah menyusahkan Datuk dalam beberapa bulan ini.

"Dan juga ingin memohon maaf kepada P.A Datuk dan adik perempuan Datuk sendiri kerana telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mereka.

"Saya sekali lagi dgn rasa rendah diri... menyatakan saya amat menyesal dengan kesalahan yang telah saya lakukan. Tindakan makhamah mengeluarkan perintah supaya membayar RM100,000 sebagai gantirugi kepada pihak Skop betul-betul membuatkan saya tersentak.

"Tapi saya sangat-sangat bersyukur,kerana tidak dikenakan hukuman penjara..  sekurang-kurangnya saya masih berkesempatan untuk menjaga kedua dua ibu bapa saya yang kian meningkat usia.

"Saya tak kisah saya tak ada kereta, tak ada rumah sendiri, walau tak ada jodoh sekalipun (tak kahwin)... yang penting saya masih diberi peluang untuk menjaga ibu bapa saya.

"Biarpun sepanjang hayat saya bekerja keras semata-mata untuk membayar gantirugi kepada pihak Skop, nilai RM100,000 tu teramatlah besar bagi orang biasa macam saya, mustahil untuk saya mendapatkan jumlah tersebut walau saya dapat hidup 100 tahun sekalipun.. Tapi saya berjanji saya akan bayar juga walaupun sikit-sikit kepada pihak Skop..

"Inilah pengajaran untuk saya yang Allah turunkan.. dan saya berharap sangat ini juga boleh menjadi pengajaran untuk orang lain.

"Mana-mana individu kat luar sana yang berhasrat atau sedang giat melakukan aktiviti-aktiviti sharing link mahupun aktiviti-aktiviti yang melanggar hakcipta ini TOLONGLAH HENTIKAN, KERANA NEGARA KITA ADA UNDANG-UNDANG. 

"JANGAN ANGGAP BENDA NI MUDAH DAN RINGAN.. KERANA SAYA PUN MACAM TU JUGA PERMULAANNYA TAPI TENGOKLAH SEKARANG.. KESAN DAN IMPLIKASINYA YANG SAYA SEDANG HADAPI,"
antara yang ditulis oleh Izwan dilaman Facebooknya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie "Taiping, 13 November - Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Sumber: Facebook

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us