Penyanyi rap meningkat naik Loca B mengambil keputusan untuk fokus dirinya tanpa melihat media sosial sejak dua bulan lalu.
Nabilah Hani Azali atau mesra disapa Loca B mengakui platform media sosial membolehkannya berkongsi rutin kerjaya bersama para pengikutnya tetapi kini tidak lagi.
“Saya mematikan notifikasi di media sosial sejak dua bulan agar tidak selalu menghabiskan masa terlalu kerap di sini bagi mendapatkan sedikit ketenangan.
“Media sosial sering memberikan rasa kebimbangan melampau (anxiety) pada diri saya.
“Tapi saya sangat menghargai anda semua yang selalu tag dan beri direct message pada saya. Maaf tak dapat nak balas,” katanya.
Selain Loca B, ramai selebriti popular turut merasakan keadaan yang sama dialaminya seperti Remy Ishak, Diana Danielle, dan Ardell Aryana sehingga memudaratkan kerja mereka.
Dalam perkembangan terkini, Loca B akan melancarkan lagu terbaru selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Terdahulu, Loca B mendirikan rumah tangga bersama Tuju, ahli kumpulan K-Clique pada awal tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Bintang Aiko yang dilahirkan pada November lalu.
Malah, Loca B juga mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lima tahun bernama Yusuf Alexander daripada perkahwinannya terdahulu.
Sumber: Instagram Loca B
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.