
Foto: Tiktok (@zulhilmi.abidatul)
Baru-baru ini telah tular di Tiktok mengenai kisah Cikgu Zulhilmi yang diganggu, bukan oleh makhluk halus, tetapi oleh bekas rakan sekuliahnya, Abidatul Husna. Mereka hanya pernah berkongsi kelas di universiti, tidak lebih, tidak kurang. Namun, Abidatul mula menyebarkan cerita palsu di media sosial, mendakwa mereka pernah berkahwin!
Gangguan ini bukan biasa-biasa apabila akaun palsu muncul, mesej peribadi mencurah masuk, panggilan telefon tak berhenti, bahkan spam membanjiri halaman rasmi Ahlan Academy tempat Zulhilmi bekerja. Laporan polis sudah dibuat berkali-kali, tetapi gangguan tetap berlanjutan, mengganggu kerjaya dan kehidupan peribadi Zulhilmi.
Yang menimbulkan persoalan apabila akaun TikTok Abidatul dinamakan Zulhilmi Abidatul, seolah-olah menggabungkan nama mereka sebagai ‘pasangan’. Dia juga memberi ‘ultimatum’ 24 jam kepada Zulhilmi a.k.a ‘suaminya’ untuk menghubunginya.

Foto: Tiktok (@zulhilmi.abidatul)
Sebagai tindak balas, Zulhilmi membuka akaun TikTok sendiri (@zulhill_me) menyatakan dengan jelas: “Saya ialah mangsa sexual harassment oleh seorang wanita gila sejak April 2020!”
Akhirnya, pihak akademi terpaksa tampil memberi penjelasan rasmi, menegaskan semua dakwaan itu fitnah semata-mata. Mereka merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan cerita palsu yang hanya memburukkan keadaan, malah meminta sesiapa yang mengenali Abidatul supaya menasihatinya.
Sumber: Tiktok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.