Penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan tunangnya seorang model Maya Henry.
Memetik laporan E News, penyanyi itu tidak dapat mengelak dan bertindak sebegitu selepas 10 bulan mengikat pertunangan.
“Saya rasa sudah bersikap berlebihan, saya juga kecewa pada diri sendiri kerana terus menyakitkan hati orang,” katanya.
Liam menganggap ini adalah keputusan yang terbaik buat mereka berdua dan untuk masa depan kehidupan mereka.
Terdahulu, Liam Payne dan Maya Henry mendedahkan telah bertunang pada 28 Ogos tahun lalu.
Sumber: E News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.