Foto: Instagram
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona, mencuri perhatian netizen apabila secara terbuka berkongsi tentang kecenderungannya terhadap lelaki yang lebih berusia.
Menerusi satu video di TikTok, Leona yang kini berusia 23 tahun menyatakan dia lebih tertarik dengan lelaki yang lebih tua walaupun botak, berbanding lelaki muda yang dianggapnya masih kebudak-budakan.
Menurutnya, lelaki muda selalunya berperangai seperti budak kecil dan tidak cukup matang untuk dijadikan pasangan.
“Lelaki muda macam budak. Saya suka lelaki tua, botak pun tak apa, asal matang,” ujarnya.
Dalam video yang sama, Leona turut berkongsi pengalamannya mengalami satu malam yang agak ‘gila’, tetapi tidak mendedahkan secara terperinci apa yang berlaku.
Dia sekadar memberitahu ibunya, Chempaka, pernah memberi amaran agar lebih berhati-hati bila berkenalan dengan orang tidak dikenali, namun dia yakin dirinya berada dalam keadaan selamat.
“Mak saya pernah pesan jangan percaya orang asing. Tapi saya okay, saya selamat,” katanya lagi, merujuk kepada pesanan ibunya.
Kenyataan Leona itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang bersetuju dengan pandangannya, mengatakan mereka juga lebih selesa dengan lelaki berusia yang dianggap lebih matang dan bertanggungjawab.
Ada juga yang berseloroh mengenai pilihannya yang tertarik kepada lelaki botak, tetapi tetap menyokong Leona kerana berani bersuara secara jujur tentang apa yang dia suka.
Perkongsiannya ini turut membuka ruang perbincangan di kalangan pengguna media sosial tentang kecenderungan cinta antara perbezaan usia dan bagaimana personaliti lebih penting daripada rupa atau usia semata-mata.
Sumber: TikTok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.