
Foto: Instagram
Pempengaruh, Kasih Iris Leona, 23, mengakui dirinya sedih kerana tidak dapat membawa pulang tofi Digital Creator (Entertainment) Tergempak di acara Gempak Most Wanted Awards 2024.
Menerusi akaun TikTok miliknya, Leona menjelaskan bahawa dirinya pulang ke Malaysia semata-mata untuk acara tersebut dan tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila tidak memenangi anugerah yang dicalonkan.
“Honestly, I feel kinda sad that I didn't win because I came back from the UK for this award.
“Tapi it’s okay, bukan nasib baik,” jelasnya menerusi video berdurasi 4 minit 2 saat itu.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu turut memberitahu bahawa dirinya sudah tidak mahu menghadiri mana-mana anugerah selepas ini.
Leona memberitahu bahawa setelah nama pemenang diumumkan, dia turut mempersoalkan dirinya sendiri ketika itu.

Foto: Instagram
“Did I really fly back from London for this? And not win anything,” ujarnya dan rakan-rakan, berseloroh sambil ketawa.
Leona mendedahkan bahawa dirinya pulang awal pada malam tersebut kerana tidak mahu menjawab soalan dari mana-mana media mengenai kekalahannya itu.
Rentetan daripada itu, Leona turut tidak terlepas mengucapkan tahniah buat Ryan Bakery di atas kemenangannya membawa pulang trofi Digital Creator (Entertainment Tergempak.
“Bila I jumpa Ryan dengan Acap dekat backstage, I cakap kita kena buat trio untuk Muzikal Lawak. I rasa kita boleh menang. Korang rasa?” ujarnya.
Untuk rekod, Leona turut mempunyai saudara kembar lelaki iaitu Andika Rees Pahamin dan seorang kakak yang bernama Kasih Leia Ixora.
Sumber: TikTok @leonathe2nd
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.