Pelakon, Rita Rudaini, mendedahkan kepada Astro Gempak bahawa beliau banyak menerima mesej daripada lelaki muda yang ingin mengajaknya berkahwin.

Rita Rudaini, 42, terkejut apabila menerima banyak Direct Message (DM) di Instagram miliknya yang menawarkan diri untuk menjaga beliau dan juga kedua-dua anaknya.
“Saya banyak menerima DM lelaki muda, merayu untuk saya berikan mereka peluang.
“Mereka kata sanggup menjaga anak-anak saya.
“Tetapi saya tidak membalas semua mesej terbabit sebab tak rasa teringin pun. Apatah lagi untuk melihat profile mereka,” katanya kepada Gempak.
Rita juga tidak menolak jika jodohnya bersama dengan lelaki muda.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.