Foto: Instagram
Nama Leia Mayssa semakin dikenali selepas dia mencipta sejarah negara sebagai satu-satunya wakil Malaysia dan Asia Tenggara yang terpilih untuk menyertai Math Beyond Limits (MBL), sebuah kem Matematik Antarabangsa Berprestasi Tinggi yang diadakan di Poland pada tahun 2024.
Terbaru, dalam satu hantaran Facebook oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pihak universiti mengucapkan tahniah kepada Leia yang berjaya menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat.
Sekadar info, MIT merupakan sebuah institusi pengajian tinggi terkenal di Amerika Syarikat, amat dihormati dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).
Menurut hantaran UKM, Leia akan menyambung pengajian dalam bidang Sains Komputer pada Sesi Akademik 2025, setelah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam program PERMATA@Pintar High School Diploma.
Selain itu, Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA juga turut berpeluang mengucapkan tahniah kepada Leia atas kejayaan tersebut dan turut berkongsi pencapaian luar biasa yang diraih oleh beliau sebelum ini.

Foto: Sri KDU
"Leia telah mewakili Malaysia dalam International Mathematical Olympiad (IMO) 2022-2024, yang berlangsung di Oslo, Norway (2022), Chiba, Japan (2023), dan Bath, United Kingdom (2024).
Sepanjang penyertaan, Leia berjaya meraih 1 pingat gangsa dan 2 Honorary Mentions, menunjukkan kecemerlangannya dalam bidang Matematik di peringkat antarabangsa," ujar BPT MARA.
Selain itu, Leia juga telah terpilih untuk menyertai Kem Matematik Antarabangsa, Math Beyond Limits, yang diadakan di Rycerka Dolna, Poland, pada 8 hingga 21 September 2024.
Kem tersebut menghimpunkan 60 pelajar cemerlang dari 32 negara yang berkongsi minat mendalam dalam Matematik dan bertujuan untuk membina rangkaian global dalam komuniti tersebut.
Pencapaian Leia mendapat perhatian ramai, dan netizen di ruangan komen Facebook Pusat PERMATA pintar Negara UKM mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan pelajar muda ini.
Malah, ramai yang berharap agar Leia Mayssa dapat terus berjaya dalam kerjaya akademiknya dan suatu hari nanti kembali ke Malaysia untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Sumber: Facebook UKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.