Selepas 11 tahun, Lee Kwang Soo sah akan meninggalkan program realiti popular Korea, "Running Man".
Agensi yang diwakilinya King Kong by Starship mengesahkan perkara itu melalui satu kenyataan pada Selasa.
"Lee Kwang Soo akan meninggalkan program "Running Man" SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei
"Selepas terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala.
"Walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikal yang baik semasa penggambaran 'Running Man'.
"Hasilnya, Lee Kwang Soo mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, kru, rakan-rakannya dan juga agensi tersebut serta akhirnya sampai pada kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik dari segi fizikal dan juga mental," kata wakil agensinya.
Terdahulu, pelakon serba boleh itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan pada 15 Februari lalu.
Memetik laporan Soompi, Kwang Soo perlu menjalani pembedahan buku lali akibat kemalangan itu.
Tambahnya lagi, agensi turut menyatakan "Running Man" ibarat rumah buat Kwang Soo selama 11 tahun dan keputusan ini sukar untuk dibuatnya.
"Namun, itu tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa depan.
"Kami dengan tulus mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas cinta yang mereka tunjukkan kepada Kwang Soo di 'Running Man', dan Kwang Soo berjanji akan menyambut anda sekali lagi dengan keadaan kesihatan yang lebih baik," ujarnya.
Sejak program itu mula disiarkan pada tahun 2010, Kwang Soo antara peneraju dan individu pertama yang membintangi program realiti fenomena dunia, "Running Man".
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.