Foto: Gempak
Festival muzik mega, Latihan Pestapora Malaysia 2025, bakal menemui peminat pada 26 Julai ini, menampilkan gabungan hebat artis dari Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas penuh warna-warni muzik dan budaya.
Acara ini dianjurkan oleh gabungan dua nama besar industri hiburan iaitu Hitman Solutions (Malaysia) dan Boss Creator (Indonesia) sebagai pemanas kepada festival utama Pestapora di Jakarta yang setiap tahun mendapat sambutan hangat, termasuk dari peminat Malaysia.
Menurut Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Group, penganjuran festival ini bukan hanya bertujuan untuk menghiburkan, tetapi juga sebagai satu ruang kolaborasi budaya antara dua negara serumpun.
Ia membuka peluang kepada peminat yang mungkin tidak berpeluang ke Jakarta, untuk merasai sendiri kemeriahan dan keunikan vibe Pestapora di tanah air mereka sendiri.
Apa yang lebih menarik, lebih daripada 2,000 tiket telah pun terjual lebih awal, meskipun senarai artis ketika itu masih belum diumumkan – membuktikan kepercayaan tinggi peminat terhadap jenama Pestapora dan kualiti hiburan yang dijanjikan.
Kini, lineup fasa pertama telah pun didedahkan, dan ia memang luar biasa. Dari Indonesia, antara nama yang akan menggamatkan suasana termasuk Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji, dan Pamungkas. Manakala Malaysia pula diwakili barisan artis popular seperti Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne, dan Salammusik, menjanjikan gabungan genre muzik yang pelbagai dari pop ke rock, alternatif, hip-hop dan indie.
Dari segi harga tiket pula, ia cukup berpatutan untuk sebuah festival berskala besar:
- RM129 (General Admission)
- RM199 (Rockzone)
- RM70 (Kanak-kanak)
- Tambahan RM100 untuk akses pantas melalui Express Lane
Tiket boleh didapatkan melalui laman rasmi di www.latihanpestaporamalaysia.com.
Bagi peminat muzik tempatan dan nusantara, ini adalah acara yang tidak boleh dilepaskan. Sama ada anda peminat tegar indie, pop, atau sekadar ingin merasai energi festival muzik sebenar Latihan Pestapora 2025 ada sesuatu untuk semua.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.