Anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana, merupakan antara anak selebriti yang aktif di laman sosial.
Terbaharu, Lara berkongsi video sedih apabila menangis selepas kematian ikan perliharaannya.
Lara yang dikenali dengan watak ceria, comel dan petah berkata-kata, dilihat menangis selepas ikan yang diperlihara 8 bulan lalu mati.
“Daddy, I’m not ready for this”. Berkali kali Lara ulang perkataan ni.. tapi Allah lebih sayang kan Sushi. Sekarang baru Lara tau, yang we can never be ready for a situation like this.Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang. Masa Auntie Joy bagitau yang Sushi dah takde, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik.
Tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya. Thank you Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama 8 bulan especially time PKP haritu.. sekejap je kita dapat bersama. Rest well my sushi, you will be missed.” tulis Lara pada kapsyen.
Perkongsian video di Instagram @laraalanaa itu turut ditangisi pengikut Lara di media sosial.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.