Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Lagu Terakhir Buat Teman Lambang Persahabatan, ‘‘Tapi Akhirnya Dia Pergi Tanpa Pesan..’’

Sedih bila tahu kisah disebalik penghasilan lagu ini
Editor
02 Dec 2020, 10:19 AM

Pertemuan di dunia mungkin sudah bernoktah tetapi budi baik, jasa dan pengorbanan mereka yang sudah pergi buat selama-lamanya tidak akan luput di dalam ingatan. Yang tinggal tetap akan terus mengenang kepergian insan hebat ini sampai ke akhir hayat.

Terhasilnya lagu TERAKHIR BUAT TEMAN nyanyian Siti Sarah Raissuddin dan Hazama juga bukanlah sesuatu yang dirancang. Melodi indah yang diciptakan oleh Allahyarham Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pada awalnya adalah untuk mengenang kedua orang sahabatnya yang pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.

lagu terakhir buat teman lambang persahabatan, ‘‘tapi akhirnya dia pergi tanpa pesan..’’

Sempat memetik piano menghasilkan bait-bait indah bersama Siti Sarah, lagu tersebut pada dasarnya diciptakan oleh Lok U bersama Aji sebagai tanda mengenang Allahyarham Kelly yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka.

Tidak sempat lagu tersebut disiapkan, Aji pula menyusul mengikut Kelly bertemu Illahi. Mencari kekuatan, Lok U cuba sedaya upaya menyiapkan lagu tersebut yang dirancang akan dinyanyikan oleh Siti Sarah namun beliau juga berpulang ke negeri abadi tanggal 22 Januari 2020.

Tiada siapa menyangka dan siapa menduga segalanya kesedihan bagaikan bersambung-sambung untuk seluruh pemain industri khususnya pemuzik. Sahabat yang sudah dianggap sebagai keluarga pergi satu persatu.

Justeru itu, Indigital Music memainkan peranan menyiapkan lagu ini atas dasar ingin meneruskan niat Allahyarham. Berbekalkan semangat persaudaraan, lagu ini akhirnya diteruskan proses pembikinan oleh Genervie dengan bantuan Emi gitarist yang juga protege kepada Allaryarham Aji.

Dengan alunan indah yang sudah terhasil, lirik TERAKHIR BUAT TEMAN dikarang indah oleh Iman Imran yang juga mengenali ketiga-tiga mereka.

Bagai menyudahkan sebuah janji, lagu ini akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2020.

Terkesan

Bagi Siti Sarah dan Hazama, pastinya mereka merupakan antara insan yang paling terkesan dengan pemergian ketiga-tiga pemuzik handalan berkenaan.

“Memang saya antara orang paling terkesan bila Allahyarham Lok U meninggal dunia. Kami pernah jamming sama-sama untuk menyudahkan lagu yang dituju buat dua rakan-rakan yang lain.

“Tapi akhirnya dia pergi tanpa pesan. Saya bersyukur kerana ramai rakan-rakan Allahyarham mahu turun padang dan menyiapkan juga karya ini. Setidaknya saya mampu tersenyum apabila hasratnya untuk menghasilkan lagu disambung oleh yang lain,” kata Sarah.

lagu terakhir buat teman lambang persahabatan, ‘‘tapi akhirnya dia pergi tanpa pesan..’’

Hubungan baik antara Sarah bersama ketiga-tiga pemuzik ini bukan lagi baharu. Malah dalam beberapa album, lagu dan persembahan terdahulu pasti melibatkan mereka bersama-sama.

Bagi Hazama pula, ini merupakan satu penghormatan kepadanya apabila diberikan kepercayaan membawakan TERAKHIR BUAT TEMAN bersama-sama Sarah meskipun dia tidak bersama dalam proses pra pembikinan.

“Allahyarham Lok U pernah beri saya dengar melodi lagu yang katanya dibuat khusus untuk arwah Kelly dan Aji. Saya kata ini muzik yang baik dan saya mahu menyanyikan.

“Tak sangka pula karya tersebut tidak disiapkan sepenuhnya. Apa-apa pun saya bersyukur kerana pada akhirnya rezeki dapat berduet dengan Sarah melalui karya besar ini,” kata Hazama pula.

Video TERAKHIR BUAT TEMAN boleh ditonton melalui saluran YouTube Indigital Muzik mulai jam 3 petang dan lagu ini juga boleh didengar melalui semua platform digital.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us