Haqiem Rusli sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia ingin berhenti daripada industri muzik tanah air. Menurutnya yang datang ke Johara semalam, antara puncanya adalah berada dalam depresi kerana beberapa masalah peribadi selain kecaman netizen.
Namun, semalam Haqiem membuat keputusan bahawa dirinya tak jadi berhenti dan akan meneruskan karier dalam bidang muzik. Apa yang lebih mengejutkan semalam juga Haqiem telah melancarkan single terbarunya yang berjudul 'Selamat Tinggal Sayang'.
Perkara itu membuatkan netizen dan rakan artis tertanya-tanya adakah ianya sekadar gimik untuk melancarkan single terbaru ini ?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.