Foto: X
Gelagat anggota kumpulan K-pop popular RIIZE, Anton mencuri perhatian peminat Malaysia selepas dia mencuba menyanyikan lagu raya klasik tempatan, Sesuci Lebaran nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, ketika sesi siaran langsung.
Momen tersebut berlaku ketika Anton atau nama sebenarnya Lee Chan Young sedang berinteraksi dengan peminat menerusi platform Weverse pada Selasa. Dalam sesi tersebut, dia dilihat membaca komen seorang peminat dari Malaysia yang mencadangkan lagu raya berkenaan untuk dinyanyikan.
“Try Sesuci Lebaran by Siti Nurhaliza, hahahah,” tulis peminat yang menggunakan nama Abby Zafry.
Walaupun hanya sekadar mencuba menyanyikan sebahagian lagu, reaksi spontan Anton yang melayan permintaan peminat itu segera menjadi bualan hangat di media sosial.
Video siaran langsung tersebut turut mendapat perhatian warganet Malaysia yang sedang menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ramai yang berasa terhibur dan bangga apabila lagu raya tempatan disebut dalam siaran yang ditonton peminat dari pelbagai negara.
Di platform X, ada peminat tempatan meluahkan rasa bangga kerana muzik Malaysia dapat diperkenalkan kepada peminat antarabangsa melalui artis K-pop popular tersebut.
“Saya dan semua Briize Malaysia bangga jadi rakyat Malaysia,” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama Tone Love.
Selain itu, ada juga yang berseloroh bahawa Anton sudah terlebih dahulu meraikan suasana Aidilfitri selepas mendengar lagu raya itu walaupun masih berada dalam bulan Ramadan.
“Anton dah raya dulu nampaknya. Saya tak boleh berhenti ketawa,” kata seorang lagi pengguna media sosial.
Sumber: X @anotheriize
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.