Kumpulan popular, K-Clique kini tampil dengan single terbaru mereka bertajuk ‘Merais’.
Lagu baru yang dilancarkan menerusi laman YouTube pada 17 Julai lalu, nyata berjaya mencuri tumpuan peminatnya sendiri.
Mana tidaknya, lagu baru ini bukan sahaja berjaya meraih jutaan tontonan, malah kini menjadi trending #1 di lama YouTube Malaysia.
Tambah lagi, warganet turut teruja apabila lagu Merais ini berjaya menewaskan populariti kumpulan Kpop popular, BLACKPINK dalam senarai video trending.
Setakat artikel ini ditulis, video rasmi Merais ini telah mendapat 1.45 juta tontonan dan 82ribu tanda suka di YouTube. Power!
Sumber: YouTube K-Clique
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.