Sejak perutusan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia secara amnya dilihat menjadi kreatif dengan pelbagai aktiviti harian yang dilakukan bagi mengisi masa lapang.
Antara yang tular dilaman sosial adalah tarian shuffle yang menggunakan teks ucapan Perdana Menteri atau lebih dikenali dengan Ke Sana Ke Sini Dance.
Menjadi persoalan siapakah pemula atau pencipta lagu remix ini, sehinggakan ada yang mengaitkan ia dengan anak Perdana Menteri sendiri, iaitu Najwa Mahiaddin.
Bagaimanapun menerusi temubual bersama Johara Pagi ERA, Najwa menafikan bahawa lagu itu adalah ciptaannya sendiri.
Najwa bagaimana pun tidak menafikan bahawa lagu remix itu adalah cool dan juga kreatif.
"I think its cool. Sebelum itu pun ada banyak di Instagram saya nampak ada orang buat remix.
"So, kreatif lah. Ia menunjukkan kita rakyat Malaysia walaupun situasi macam ni, kita duduk rumah, ada banyak karya yang keluar." ulas Najwa kepada Johara Pagi ERA.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.