Sebagai rakyat Malaysia, anda pasti sudah cukup familiar dengan lagu nyanyian Ella bertajuk ‘Standing In The Eyes of the World’.
Lagu berkenaan sering dimainkan dikebanyakkan acara, sehingga berjaya menarik Kedutaan Amerika Syarikat untuk menjadikan lagu ini nafas baharu, bersempena Hari Kemerdekaan negara itu baru-baru ini.
Menurut penyanyi lagu ini, Ella, beliau bersetuju apabila dihubungi pihak kedutaan AS bagi merealisasikan projek yang menggabungkan artis tempatan dan AS, termasuk dirinya dalam lagu berkenaan.
Ella turut meluahkan rasa berterima kasih kepada mereka dan berhadap agar ramai menyukai versi baharu lagi terbabit.
Lagu asal yang dirakam sekitar 1998 kini mendapat sentuhan unik daripada komposer terkenal, Helen Yap dan diserikan dengan alunan tiupan seruling Mohar.
Selain Ella dan Mohar, artis tempatan yang turut menyumbang suara adalah Zee Avi dan artis AS yang terbabit termasuk bekas pemain gitar utama Guns N' Roses, Ron "Bumblefoot" Thal, Tony Memmel, Gabrielle Stravelli, ReVoiced, dan Farewell Angelina.
Projek ini turut membabitkan pemain genderang Band of the Pacific Angkatan Tentera Udara AS. Memang wow!
Amerika Syarikat menyambut hari kemerdekaan pada 4 Julai setiap tahun sejak daripada tahun 1776.
Sumber: U.S. Embassy Kuala Lumpur
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.