Muzik video kumpulan BTS berjudul Dynamite akhirnya berjaya mendapat 500 juta tontonan.
Ia menjadikan lagu bekenaan sebagai muzik video kumpulan dari Korea yang paling cepat mendapat 500 juta tontonan selepas dimuatnaik pada 20 Ogos lalu.
Dalam masa 59 hari, lagu Dynamite berjaya meraih jumlah tontonan berkenaan, yang mana rekod 500 juta view sebelum ini dipegang oleh kumpulan BLACKPINK menerusi lagu How You Like That selama 2 bulan dan 12 hari.
Ini juga adalah muzik video ke-10 BTS yang berjaya meraih 500 juta tontonan, selepas DNA, Fire, Fake Love, MIC Drop (Steve Aoki Remix), IDOL, Dope, Boy With Luv, Blood Sweat & Tears, dan Save Me.
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.