
Lagu nyanyian Deen Manjo dan Eza Edzrin iaitu 'bea sobar bea' atau Cinta Setandan Pisang yang menggegar dunia sebelum ini akan diangkat sebagai telemovie oleh sebuah stesen televisyen terkenal tanah air.
Pengarah Urusan Ediee Hamid Picture Record, Ediee Hamid berkata, ia bakal ditayangkan pada Disember ini mengikut perbincangan dan perancangan.
"Kami akan terus menjalani penggambaran telemovie berdurasi dua jam ini menampilkan gandingan penyanyi lagu ini iaitu Deen Manjo (hero) dan Eda Edzrin (herion) selepas perbincangan akhir selesai.
"Loghat Kelantan akan digunakan 100 peratus manakala penggambaran juga akan dijalankan di sekitar negeri ini," ujarnya.
Menurut beliau, telemovie itu akan menampilkan nama besar dalam dunia lakonan tanah air iaitu Che Man atau Kamarul Yusoff.
Ujarnya, pihak produksi turut memberi peluang kepada pelakon-pelakon tempatan di negeri ini untuk membintangi telemovie Cinta Setandang Pisang.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.