Nama Zizi Kirana sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan negara.
Penyanyi berusia 34 tahun dari Semporna, Sabah ini mula dikenali menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim ke-7, sebelum bergabung bersama kumpulan hip hop tempatan, The Fabulous Cats.
Tidak terhenti disitu, Zizi Kirana terus mengasah bakatnya dalam sebuah pertandingan realiti TV Indonesia, D'Academy musim kedua.
Terbaru, Zizi Kirana telah tampil dengan single bertajuk 'Eh', dihasilkan oleh Navigator bersama Zizi sendiri serta lirik oleh Mambang dan juga Zizi.
Musik video yang dimuatnaik di Youtube sejak 29 November lalu, sehingga kini sudah mencatatkan jumlah tontonan melebihi 1 juta view, dengan pelbagai respon positif daripada peminat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.