Hanya beberapa jam selepas dilancarkan pada 8 Oktober lepas, mini album daripada kumpulan Super Junior bertajuk “One More Time” kini berada di tempat 1 dalam senarai iTunes bagi kategori carta Top Album.
Malah, seperti yang dilaporkan dalam portal Soompi! , sehingga kini “One More Time” telah menduduki carta teratas dalam 26 negara berbeza seluruh dunia iaitu Mexico, Argentina, Cyprus, Qatar, Colombia, Bolivia, Hong Kong, Indonesia, Macau, Thailand, Oman, Malta, Japan, Ecuador, Chile, Panama, Vietnam, Malaysia, Arab Saudi, Filipina, El Salvador, Guatemala, Taiwan, Peru, dan UAE.
Sumber: Soompi!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.