Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Rakam Dari Rumah Sendiri, Lebaran Era Ini Hadiah Istimewa ERA Dan Artis 17Eleven

Bestnya lagu raya baru hasil kolaborasi personaliti ERA dan juga artis 17Eleven ni!
Editor
18 May 2020, 07:35 PM

Ekoran daripada pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai yang terpaksa melakukan kerja daripada rumah masing-masing.

Disebabkan itu, personaliti ERA bersama-sama dengan artis daripada 17Eleven Music telah meluangkan masa merakamkan sendiri lagu khas sempena Aidilfitri kali ini yang berjudul "Lebaran Era Ini".

rakam sendiri dari rumah sendiri, lebaran era ini hadiah istimewa era dan artis 17eleven

Lagu yang dirakam sendiri oleh personaliti ERA dan artis 17Eleven Music dirumah masing-masing ini seterusnya digabungkan dalam satu muzik video yang sangat menarik.

rakam sendiri dari rumah sendiri, lebaran era ini hadiah istimewa era dan artis 17eleven

rakam sendiri dari rumah sendiri, lebaran era ini hadiah istimewa era dan artis 17eleven

Lagu hasil komposer dan lirik oleh Kadok, Pown Hasril, Karim Karam dan Otromen ini nyata berbeza berbanding dengan lagu-lagu raya yang pernah direkodkan sebelum ini. 

Komposer Pown Hasril berkata, lagu berentak moderate itu sesuai dengan keadaan semasa dalam negara dan sambutan hari raya yang bakal menjelang tiba.

“Lagu ini moderate. Ia tidak terlampau perlahan dan tidak laju. Kalau terma muzikal kita panggil Andante Moderato. Tempo ini sangat sesuai untuk kita nak hadirkan kesayuan dan kegembiraan di hati yang tidak dapat nak beraya macam biasa. Tapi, tetal reda dengan apa yang terjadi sekarang.

“Pendek kata, lagu raya ini lain sikit. Sebab lagu ini dibuat khusus untuk raya kali ini yang disambut dalam tempoh PKPB. Kita nak ada ‘feel’ sayu, tapi dalam masa sama kita nak ada ‘feel’ raya,” katanya.

Berkongsi mengenai proses rakaman yang mana setiap penyanyi membuat rakaman di rumah masing-masing, Pown berkata ia sesuatu yang baru dan cabarang buat dirinya bersama rakan lain.

“Proses pembuatan lagu ini mengambil masa lebih kurang sebulan dari proses menyusun melodi dan lirik. Selepas itu kita pergi ke proses gubahan lagu kemudian baru proses rakaman.

“Rakaman vokal kesemuanya dibuat dari rumah masing-masing. Cabarannya ialah untuk memadankan suara yang berlainan kualiti agar dapat digabungkan menjadi satu paduan,” katanya.

Personaliti ERA yang terlibat terdiri daripada Dina Nadzir, Ray, Radin, Danial, Munabella, dan Zahier Yusoff, manakala artis daripada 17Eleven Music terdiri daripada Siti Nordiana, Achey, Khai Bahar, Farah Dhiya, Neon Band, Dinda Permata, Ikhwan Fatanna, Syafiq Amdoi, Amir Masdi, Farisha Iris, Izaan, Mimi Manan, Hakim Khan dan Kamelia Syermain.

rakam sendiri dari rumah sendiri, lebaran era ini hadiah istimewa era dan artis 17eleven

Orang ramai boleh mendengarkan lagu Lebaran Era Ini menerusi Youtube Seventeen Eleven Music dan juga menerusi siaran udara di radio ERA.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}