SM Entertainment sebelum ini pernah membuat pengumuman akan memperkenalkan kumpulan wanita baru yang dikenali sebagai AESPA.

Dianggotai oleh Karina, Giselle, Winter dan Ningning, kumpulan AESPA nyata telah berjaya mencipta fenomena tersendiri menerusi muzik video pertama mereka berjudul Black Mamba.

Mana tidaknya, dalam masa 9 jam sahaja selepas ia dilancarkan, muzik video berkenaan berjaya mencatatkan 10 juta tontonan di YouTube!

Sehingga artikel ini ditulis, ia sudahpun meraih 32 juta tontonan dalam masa 2 hari ditayangkan dan menjadi trending #3 di YouTube. Fuh!
Kejayaan ini dijangka bakal memberi saingan sengit kepada kumpulan K-pop popular lain seperti BLACKPINK dan TWICE.
Nama aespa merupakan gabungan 'æ', iaitu ‘avatar x experience’ dan perkataan ‘aspect’, yang membawa maksud kebolehan menyelami dunia baharu menerusi avatar diri anda.

Sumber: YouTube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.