Pelakon versatil dan bekas anggota program hiburan ‘Running Man’, Lee Kwang Soo mengakui masih mempunyai tekanan perasaan ketika mengumumkan hubungannya dengan kekasih secara terbuka.
Menurut perkongsiannya di temubual bersama Sports Chosun, dia mahu fokus dengan bidang lakonannya dan meluangkan masa bersama kekasihnya Lee Sun Bin.
Kwang Soo mengakui agak tertekan setiap kali keluar di tempat awam pada permulaan hubungannya bersama pelakon cantik manis, Lee Sun Bin.
“Saya masih lagi ada perasaan (tertekan) yang sama tapi kami hanya menjalinkan hubungan seperti pasangan lain.
“Ia bukanlah alasan untuk kami jumpa di luar jika kami mahu. Kami sering kali makan makanan sedap bersama dan kami gembira,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Lee Kwang Soo kini membintangi filem terbaharu bertajuk ‘Sinkhole’ yang sudah ditayangkan di pawagam di Korea Selatan.
Sumber: Soompi
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.