Baru-baru ini, kumpulan Kpop, KARD telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Malaysia.
Merupakan kumpulan kpop pertama yang bercampur lelaki dan perempuan, kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang ahli iaitu J.Seph,B.M, Somin dan Jiwoo ini hadir ke Malaysia sebagai kemunculan istimewa di Axiata Arena, Sabtu lalu.
Dipetik daripada laman Media Hiburan, Kard merupakan kumpulan kedua paling banyak mendapat perhatian dan permintaan untuk melakukan konsert di Malaysia, selepas kumpulan BTS.
“Saya tak tahu perkara ini, tapi rasa sangat bersyukur. Terima kasih kepada fans semua.
“Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan muzik yang lebih baik pada masa akan datang,”kata J.seph pula.
Antara lagu popular Kard adalah seperti Oh Na Na, Don’t Recall dan Hola Hola.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.