Selepas hampir 4 bulan selepas melancarkan “More & More”, kumpulan TWICE dilaporkan akan melakukan kemunculan semula Oktober ini.
Memetik laporan dari Allkpop, kumpulan K-pop wanita ini akan kembali dengan album terbaharu mereka pada 26 Oktober depan.
Ia juga sempena ulangtahun ke-5 kumpulan TWICE, seperti yang disahkan oleh wakil daripada JYP Entertainment.
Untuk rekod, muzik video ‘More & More’ yang dilancarkan pada 1 Jun 2020 telah mendapat tontonan sebanyak 187,737,111, dengan lebih daripada 4 juta tanda suka.
Sumber: Allkpop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.