Jika sebelum ini nama-nama besar dari Korea Selatan, seperti kumpulan BTS dan BLACKPINK telah diterima oleh industri muzik global, khususnya Amerika Syarikat, kini tiba pula giliran kumpulan NCT 127.
NCT 127 adalah sebuah sub-kumpulan boyband daripada kumpulan NCT yang memiliki 10 orang ahli kumpulan. Mula dikenali dengan mini album mereka bertajuk NCT #127, nama NCT membawa maksud Neo Culture Technology dan angka 127 adalah koordinat bujur dari Seoul.
Mula mendapat sambutan dari peminat serata dunia, tahun lalu, NCT 127 telah mengeluarkan single bertajuk “Touch”, malah kumpulan ini mendapat penghormatan untuk berkolaborasi bersama Jason Derulo dan Lay dalam “Let’s Shut Up and Dance”, satu single perhormatan untuk Michael Jackson.
Terbaru, NCT 127 bakal melancarkan album terbaru mereka bertajuk “We Are Superhuman” yang dijangka dikeluarkan sekitar bulan Mei. Kumpulan NCT 127 juga akan melawat 11 bandar di Amerika Syarikat, termasuklah di Atlanta, Chicago, San Jose dan Toronto!
Bila agaknya nak datang Malaysia ya?
Sumber: Rolling Stone
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.