
Pereka fesyen terkemuka, Karl Lagerfeld dilaporkan meninggal dunia di kota fesyen Paris pada usia 85 tahun, semalam.

Merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat industri fesyen dunia, Karl Lagerfeld merupakan pereka fesyen yang sangat terkenal dengan rekaan yang sangat kreatif.

Setiap koleksi yang dikeluarkan sudah pasti amat dinantikan oleh peminat-peminat busana jenama Chanel dan juga Fendi.

Karl telah meninggalkan sejumlah harta bernilai £150 juta (RM 649 juta) selepas kematiannya dan kucing peliharaannya, Choupette dinamakan sebagai salah satu daripada pewaris hartanya itu.

Selain kucingnya, model lelaki Brad Kroenig dan anaknya, Hudson juga bakal menjadi pewaris harta Karl.


Sumber: Awani, Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.