Selepas dua bulan pemergian pelakon, Allahyarham Ashraf Sinclair, penyanyi popular Indonesia yang juga isterinya, Bunga Citra Lestari memuatnaik perkhabaran duka.
Menurut BCL, kucing kesayangan arwah suaminya yang diberi nama Toni, juga telah pergi buat selama-lamanya.
BCL memberitahu kucingnya itu tidak mahu makan dan menjadi semakin lemah selepas arwah suaminya meninggal dunia pada 18 Februari lalu. Dipercayai kucingnya itu juga mati kerana terlalu rindukan arwah Ashraf.
“Saya faham kamu sudah melalui kesusahan, dua bulan sukar bagi kamu. Tidak memahami apa yang berlaku. Ia menjadi sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.
“Tapi kamu adalah pejuang sehingga kamu tidak mampu lagi. Berehat dengan tenang Toni… Kami sayang kamu. Terima kasih hadir dalam hidup kami. Kamu akan dirindui. Sampaikan salam sayang pada daddy di sana,” tulis BCL pada ruangan kapsyen.
Perkongsian oleh BCL turut mendapat perhatian warganet yang turut bersimpati da bersedih selain mendoakan BCL sekeluarga agar kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang.
Sumber: Instagram BCL
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.