Dua artis popular dari Indonesia, Krisdayanti dan Mulan Jameela merupakan antara 575 ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang akan angkat sumpah sebagai ahli parlimen Indonesia untuk penggal 2019-2024 esok.
Selebriti yang masing-masing berusia 44 dan 40 tahun itu telah memenangi pilihanraya Indonesia pada 17 April lepas, mewakili DPR Jawa Timur V dan Jawa Barat XI.
Krisdayanti telah bertanding sebagai calon Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), manakala Mulan, yang juga isteri kepada artis Ahmad Dhani, bertanding sebagai calon Partai Gerakan Indonesia Raya.
Proses angkat sumpah akan diadakan esok didepan Ketua Mahkamah Agung, Prof. Dr. H. M. Hatta Ali, dan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).
Sumber: Kosmo / Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.