Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Ramai Gagal SPM 2024, KPM Buat ‘Bedah Siasat’ Cari Punca Sebenar

ROSTAM, Mohamad Firdaus
25 Apr 2025, 11:12 AM

ramai gagal spm 2024, kpm buat ‘bedah siasat’ cari punca sebenar

Foto: Berita Harian

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru sahaja diumumkan, namun di sebalik berita kejayaan segelintir pelajar yang mencatat keputusan cemerlang, terdapat juga kebimbangan yang makin jelas dimana masih ramai pelajar gagal, dan ini bukan isu kecil.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah serius dengan melancarkan satu analisis bedah siasat besar-besaran bagi meneliti secara terperinci punca kegagalan calon-calon SPM kali ini. Ini bukan sekadar analisis statistik, tetapi satu usaha menyeluruh untuk menyelami isu sebenar yang berlaku dalam sistem pendidikan hari ini.

KPM menjelaskan bahawa analisis ini akan meneliti pelbagai aspek daripada teknik pengajaran di bilik darjah, pencapaian akademik, sehingga faktor emosi, sosioekonomi dan motivasi pelajar itu sendiri. Mereka turut memberi perhatian kepada kehadiran ke sekolah, penglibatan ibu bapa, tekanan mental pelajar serta keberkesanan program sokongan sedia ada.

Langkah ini diambil bukan untuk mencari siapa salah, tetapi untuk memahami mengapa ramai pelajar masih gagal, dan apa yang boleh diperbaiki. Hasil bedah siasat ini akan menjadi panduan penting kepada kementerian dalam merangka pelan tindakan baharu bagi memastikan setiap pelajar – tak kira latar belakang – mendapat peluang yang adil untuk berjaya.

KPM juga menegaskan bahawa mereka tidak mahu hanya meraikan pelajar yang berjaya, tetapi mahu memberi tumpuan kepada mereka yang gagal agar mereka tidak terus tercicir.

Menurut mereka, kegagalan pelajar bukan hanya disebabkan pelajar ‘malas’ atau ‘tidak bijak’, tetapi selalunya berpunca daripada sistem sokongan yang tidak cukup kuat, atau pendekatan pembelajaran yang tidak sesuai.

Beberapa inisiatif akan disemak semula selepas analisis ini termasuk Program Pemulihan Khas, kaunseling pelajar, serta latihan dan penilaian guru. Semua ini demi memastikan sistem pendidikan negara lebih responsif dan bersifat menyeluruh.

Ini adalah satu langkah penting dalam menstruktur semula sistem yang bukan sahaja mengejar pencapaian, tetapi juga membangunkan pelajar secara holistik termasuk aspek mental, motivasi dan peluang.

Dalam kata lain, KPM kini berusaha untuk mendengar apa yang selama ini terlepas pandang suara pelajar yang tidak cemerlang di atas kertas, tetapi masih punya potensi besar yang belum digilap.

Sumber: Berita Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us