Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Robbie Williams Kecewa Konsert di Turkiye Dibatalkan Saat Akhir

IDRUS, Husna Najwa
06 Oct 2025, 11:38 AM

robbie williams kecewa konsert di turkiye dibatalkan saat akhir

Pihak berkuasa Turkiye mengumumkan pembatalan konsert penyanyi terkenal British, Robbie Williams, yang dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober di Istanbul, berikutan kebimbangan keselamatan awam dan sensitiviti tarikh berkenaan.

Menurut laporan AFP yang memetik sumber daripada pejabat Gabenor Istanbul, keputusan itu dibuat selepas menerima gesaan untuk mengadakan protes besar-besaran pada hari konsert tersebut yang kebetulan jatuh pada ulang tahun serangan yang mencetuskan perang di Gaza dan gelombang protes global yang masih berlarutan hingga kini.

Syarikat penganjur konsert memaklumkan bahawa pembatalan dibuat selaras dengan arahan pejabat Gabenor Istanbul, dan menegaskan bahawa bayaran balik tiket akan diproses tidak lama lagi melalui platform pembelian asal.

Robbie Williams, 51, turut meluahkan rasa kecewa menerusi Instagram Story, namun menghormati keputusan pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa bandar telah membatalkan konsert atas faktor keselamatan awam. Keselamatan peminat adalah keutamaan saya,” katanya.

Williams sebelum ini pernah mengadakan persembahan di Israel pada tahun 2015 dan 2023, meskipun menerima tekanan daripada aktivis pro-Palestin yang menggesa beliau untuk memboikot negara tersebut.

robbie williams kecewa konsert di turkiye dibatalkan saat akhir

Di Turkiye, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mendesak agar konsert berkenaan dibatalkan. Kumpulan Islamic Solidarity Platform misalnya, merancang untuk mengadakan protes dengan slogan keras berbunyi;

“Zionist Robbie Williams, get out of Turkiye!”

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Turkiye bertindak membatalkan acara hiburan atas faktor politik dan sensitiviti isu Palestin. Pada September lalu, konsert penyanyi Perancis Enrico Macias turut dibatalkan selepas bantahan terhadap pandangan pro-Israel beliau. Macias, 86, menyatakan rasa terkejut dan dukacita kerana tidak dapat bertemu peminat Turkiye yang telah beliau hiburkan selama lebih enam dekad.

Langkah Turkiye ini dilihat mencerminkan pendirian tegas negara tersebut terhadap isu Gaza, selain menunjukkan keutamaan keselamatan awam dan sensitiviti rakyat dalam suasana politik yang semakin tegang di Timur Tengah.

Sumber: AFP

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us