
Selepas lebih dua dekad, kumpulan wanita legenda tanah air, ELITE akan kembali menggegarkan pentas menerusi konsert berskala besar, ELITE LIVE '25. Konsert bertemakan ‘CATWALK’ anjuran Icon Entertainment bakal berlangsung pada 20 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre sempena ulang tahun ke-30 pembabitan mereka dalam industri seni.
Lagu-lagu ikonik seperti Trauma, Tamparan Wanita, Sesuatu Di Dalam Dirimu dan Manisnya Senyumanmu yang selama ini hanya diputarkan di radio dan digital, akhirnya bakal dinikmati secara langsung oleh para peminat setia tanpa mengira generasi lama mahupun baru.
Walaupun mereka pernah mencuri perhatian dalam Konsert genKRU, ini merupakan kali pertama ELITE yang dianggotai Linda Rafar, Sasha Saidin, Watie Sadali, Abby Abadi dan Azza tampil dalam konsert khas mereka sendiri.
Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, menyifatkan penganjuran ini sebagai satu detik bersejarah untuk ELITE dan industri muzik tempatan.

“Ini bukan konsert biasa, tetapi sebuah perayaan warisan muzik wanita paling berpengaruh era 90-an,” katanya.
Buat ELITE sendiri, peluang ini hadir dengan rasa teruja dan sedikit gusar namun mereka bersedia memberi persembahan terbaik untuk menggamit kenangan dan meraikan generasi baru peminat.
Jangan lepaskan peluang ini. Tiket boleh dibeli mulai 26 Jun 2025, jam 2 petang di [www.ticket2u.com.my/elite](http://www.ticket2u.com.my/elite).
Pilih kategori anda:
G.I.G (RM1088) - termasuk sesi Meet & Greet dan jamuan ringan
Manisnya Senyumanmu (RM588)
Catwalk (RM268)
Tamparan Wanita (RM268)
ELITE LIVE '25 bakal jadi tamparan nostalgia yang manis, bukan trauma!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.