Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Konsert Cipta 3 M. Nasir Bakal Gegarkan Axiata Arena September Ini

ROSTAM, Mohamad Firdaus
01 Jul 2025, 11:10 AM

konsert cipta 3 m. nasir bakal gegarkan axiata arena september iniFoto: Facebook

Penyanyi, komposer dan pengarah seni tersohor negara, Datuk M. Nasir, bakal mengadakan konsert solo berskala besar bertajuk ‘Cipta 3 – Malam Ini Gua Rock’ pada 27 September 2025 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Konsert anjuran syarikat produksi Icon Entertainment itu merupakan kesinambungan kepada kejayaan dua konsert terdahulu iaitu Cipta 1 pada Ogos 2024 dan Cipta Raya yang berlangsung pada April 2025. Kedua-dua konsert tersebut mencatat kehadiran ribuan peminat dan membuktikan keupayaan M. Nasir dalam menarik penonton merentas generasi.

Untuk edisi ketiga ini, M. Nasir bakal menampilkan sisi yang lebih bertenaga dan agresif melalui tema ‘Malam Ini Gua Rock’. Konsert ini memberi fokus kepada elemen rock dalam karya-karyanya, termasuk lagu-lagu yang pernah dicipta atau dipopularkan oleh artis-artis rock tanah air seperti Wings dan Search.

Lagu-lagu seperti Sejati, Taman Rashidah Utama, dan Intanku Kesepian dijangka dimuatkan dalam senarai persembahan, namun dengan susunan semula yang lebih segar dan moden.

 

@era.je Tak sabar untuk konsert kali ini sebab tema ROCK akan diangkat nanti 🙌🏻 Apa lagi, jangan lupa tau tandakan tarikh 27 September 2025 ‼️ 『 Sidang Media Konsert Dato’ M.N46IR CIPTA 3 』 #ZAYANShare #LiveUpdateZAYAN #DatoMNasir #Cipta3 #DatoMN46IR #sharERA #SINARKongsi #THRGegar #ERASabahKongsi #ERASarawak ♬ original sound - ERA

 

Menurut penganjur, konsert ini bukan sahaja menjanjikan persembahan muzik berkualiti tinggi, malah turut diselitkan dengan naratif dan kisah peribadi di sebalik setiap karya yang akan disampaikan oleh M. Nasir sendiri. Pendekatan ini memberikan pengalaman persembahan yang lebih mendalam dan bersifat introspektif kepada penonton.

Selain daripada persembahan pentas, penonton juga digalakkan hadir dengan berpakaian bertemakan "Rock Cara Lu, Janji Rock", sebagai simbol kebebasan berekspresi serta penghayatan kepada semangat muzik rock yang menjadi nadi kepada konsert ini.

Bagi yang ingin mendapatkan tiket, pra-jualan eksklusif akan dibuka pada 3 Julai 2025 bermula jam 2 petang menerusi aplikasi Etiqa+, manakala jualan umum akan bermula pada 4 Julai 2025 jam 11 pagi melalui laman sesawang rasmi www.ticket2u.com.my/mnasircipta3.

Tiket ditawarkan dalam enam kategori harga iaitu:

  • RM258 – Teguh
  • RM358 – Opera Hidup
  • RM458 – Isi dan Kulit
  • RM488 – Sejati
  • RM558 – Gadisku
  • RM628 – Pawana

Kesemua kategori tiket dijangka mendapat sambutan tinggi berdasarkan rekod jualan konsert terdahulu yang mencatat kehabisan tiket dalam tempoh yang singkat.

Penganjur turut memberi jaminan bahawa aspek teknikal seperti sistem bunyi, pencahayaan, serta susun atur pentas akan ditingkatkan demi memberikan pengalaman menonton yang optimum kepada setiap penonton. Konsert ini juga akan menyaksikan kolaborasi bersama pemuzik iringan profesional yang telah lama bekerjasama dengan M. Nasir dalam pelbagai produksi.

Konsert ‘Cipta 3’ dilihat bukan sekadar sebuah persembahan muzik semata-mata, tetapi sebagai penghormatan kepada perjalanan seni M. Nasir selama lebih empat dekad dalam industri hiburan tanah air. Ia juga menjadi medium untuk beliau mengekspresikan pemikiran serta falsafah muzik yang menjadi teras kepada setiap ciptaannya.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us