Sebelum ini, penyanyi Dato’ M.Nasir dilaporkan pernah mengkritik industri muzik tempatan menerusi kenyataannya bahawa lagu-lagu ciptaan masakini terlalu mengejar pendengar sehingga kurang kreatif dan tiada lagi eksperimen.

Pastinya, kesudian figura muzik terkenal ini untuk berkolaborasi dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu “Zuhud” menjanjikan satu kelainan dalam berkarya.

Lagu Zuhud, cipaan Kmy Kmo dan Luca Sickta bersama Dato' M.Nasir, merupakan sebuah karya muzik yang mengangkat sebuah konsep yang sinonim dalam Islam, Zuhud, iaitu untuk tidak meletakkan kepentingan kepada dunia semata-mata tetapi lebih mengutamakan alam akhirat dalam kehidupan sehari-hari.

Menerusi video muzik rasmi Zuhud yang telah dilancarkan di Youtube, nyata taruhan Kmy Kmo, Luca Sickta dan Dato' M. Nasir ini mendapat reaksi positif daripada pendengar yang rata-ratanya memuji hasil karya ini.

Muzik video Zuhud sehingga kini mencecah jumlah tontonan melebihi 220 ribu di Youtube Universal Music Malaysia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.