Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kim Jong Kook Umum Bakal Berkahwin

ROSTAM, Mohamad Firdaus
18 Aug 2025, 01:27 PM

kim jong kook umum bakal berkahwinFoto: Soompi

Penyanyi dan selebriti terkenal Korea Selatan, Kim Jong Kook, mengumumkan bahawa beliau bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Majlis itu akan diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga, rakan rapat serta beberapa kenalan terpilih di sebuah lokasi di Seoul.

Berita gembira itu disahkan oleh agensi yang menaungi beliau, TURBO.JK COMPANY, yang menyifatkan keputusan tersebut lebih bermakna kerana berlangsung pada tahun ulang tahun ke-30 kerjaya seni Kim Jong Kook.

“Lebih istimewa apabila permulaan baharu ini tiba pada tahun penting sempena 30 tahun sejak beliau bergelar penyanyi. Kami berharap orang ramai dapat memberikan ucapan tahniah serta sokongan ikhlas buat beliau,” ujar wakil agensi itu.

Bagi menyampaikan khabar gembira itu, Kim Jong Kook turut menulis sepucuk surat dengan tulisan tangan khas untuk peminat yang sentiasa menyokongnya sejak awal kerjaya.

Dalam surat berkenaan, beliau menzahirkan rasa terharu dan gementar ketika mengumumkan berita tersebut.

“Saya ingin memberitahu sendiri kepada peminat yang selalu mempercayai dan menyokong saya. Saya akan berkahwin. Sebenarnya saya pernah cuba memberi sedikit petunjuk, tetapi saya percaya ada yang tetap merasakan ia sesuatu yang mengejutkan,” tulisnya.

Beliau turut berseloroh bahawa sempena ulang tahun ke-30 debutnya, beliau tidak menghasilkan album baharu seperti yang dirancang, sebaliknya “menemui pasangan hidup” yang akan menemaninya ke fasa seterusnya.

Kim Jong Kook menegaskan bahawa majlis perkahwinan akan diadakan dalam suasana sederhana tanpa skala besar, hanya bersama keluarga dan kenalan rapat.

Penyanyi berusia 48 tahun itu berterima kasih kepada peminat yang menjadi sumber kekuatan sepanjang perjalanan kariernya.

“Berkat sokongan peminat yang tidak pernah berhenti memberi semangat, saya kini melangkah ke cabaran hidup yang baharu. Saya akan terus bekerja keras dan menjalani kehidupan dengan penuh dedikasi sebagai Kim Jong Kook,” katanya.

Berita perkahwinan ini segera mendapat perhatian ramai, khususnya peminat setianya di Korea Selatan dan luar negara yang menzahirkan ucapan tahniah serta harapan agar beliau menemui kebahagiaan dalam fasa baharu kehidupannya.

Sumber: Soompi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us