Penyanyi dan ahli rancangan hiburan Running Man, Kim Jong Kook melancarkan saluran YouTube dengan jenama ‘GYM JONG KOOK’ baru-baru ini.
Biarpun baru seminggu, dia meraih sebanyak lapan juta tontonan untuk video pertamanya di YouTube.
Malah, Jong Kook juga peroleh satu juta langganan di YouTube dalam masa seminggu sejak buka saluran itu pada 17 Jun lalu.
“Saya cabar diri untuk buka saluran YouTube sendiri dan tujuan hanya untuk serlahkan badan ini, GYM Jong Kook (dengan nada gurauan),” katanya.
Penyanyi ini mahu berkongsi pelbagai kandungan baharu dan menarik peminat di seluruh dunia dengan memaparkan sari kata bahasa Inggeris di videonya.
“Saya akan berusaha lebih lagi untuk menjadikan saluran ini sebagai tempat berkomunikasi bersama dan berkongsi kandungan untuk jangka masa panjang,” katanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.