Muzik video dari kumpulan BlackPink, Kill This Love kini mencecah 500 juta tontonan di Youtube, sekaligus menjadikan ia sebagai jumlah tertinggi pernah dicapai oleh kumpulan K-pop dalam tempoh masa singkat.
Muzik video yang mencecah lebih 500 juta tontonan, hanya memerlukan 111 hari untuk mendapatkan views seramai itu.
"Ia adalah pencapaian terpantas oleh artis K-pop setakat ini," menurut agensi pengurusan Blackpink, YG Entertainment.
Lagu-lagu lain seperti Ddu-du Ddu-du dan Boombayah pula kini mencecah hampir 800 juta tontonan di Youtube.
Oyeh oyehh!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.