Penyanyi yang mempunyai bibir seksi, Kilafairy berasa sangat gembira bercampur teruja apabila lagu terbarunya, Put The Word mendapat tempat di Papua New Guinea. Malah, lagu itu juga telah berada di top carta iTunes negara tersebut.
“Pencapaian itu bagi saya, cukup membanggakan apabila lagu ini memenuhi selera pendengar antarabangsa,” kata Kilafairy kepada media.
Beliau yang juga merupakan anak kepada penyanyi Rohana Jalil menaganggap lagu itu kena dan sesuai dengan jiwa rakyat negara itu. Antara faktor lain juga adalah penerbit lagu tersebut, B Brian merupakan berasal dari sana.
Lagu Put The Word merupakan kolaborasi Kilafairy bersama DJ Aku Ash dan juga figura antarabangsa, Sean Kingston.
Kami mengharapkan Kilafairy akan terus berjaya seperti artis-artis lain yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa.
Sumber: The Malay Mail Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.