Penyanyi, Khai Bahar sebelum ini pernah berkongsi video bersama adik perempuannya, Kyra Baharuddin di Instagram dan Youtube.
Video nyanyian bersama adik perempuannya itu nyata menarik perhatian ramai yang mencadangkan agar mereka bersama berduet dalam lagu baharu.
Bagaimanapun menurut Khai, beliau memang pernah menawarkan peluang kepada adiknya itu untuk menyanyi, namun gadis berusia 22 tahun itu menolak dengan alasan tertentu.
Katanya, beliau menyanyi hanya untuk suka-suka meskipun ramai menyukai duet mereka bersama.
“Dia memang suka menyanyi dan saya akui ramai nak saya berduet dengan adik dan mahu kami buat single bersama.
“Sebenarnya saya ada offer untuk bagi lagu tapi dia tak nak. Katanya menyanyi ni hanya suka-suka sahaja.
“Tapi kalau dia minat tak salah nak mencuba dan saya sokong sahaja,” kata Khai.
Video nyanyian Khai Bahar bersama adik perempuannya menyanyikan semula lagu My Heart menjadi tular dan ramai memuji gabungan mereka berdua, sambil berharap agar mereka dapat disatukan dalam satu lagu baharu kelak.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.