
Kredit gambar utama: Instagram Wany Hasrita dan Khai Bahar
Sebelum ini Wany Hasrita dimasukan ke hospital dan dikuarantinkan kerana jangkitan Influenza B.
Rapat dengan Wany Hasrita, Khai Bahar turut terkena tempias apakah dia ada melawat Wany ketika sakit ?
"Biarlah rahsia, saya tidak mahu orang salah faham dengan kenyataan saya dan boleh mengundang fitnah.
"Soal melawat atau tidak tidak perlu saya ulas lanjut," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Khai, dia juga tak kisah digosipkan dengan sesiapa pun asalkan peminatnya happy.
"Apa yang saya lakukan bersama kawan-kawan saya biarlah ikhlas, apabila sudah rapat dan selalu menghadiri acara bersama-sama, peminat nampak kami 'sweet'.
"Kalau sebelum ini dengan Wany, baru-baru ini ada pula peminat cakap saya rapat dengan Ara Johari.
"Apapun, saya tidak kisah digosipkan dengan sesiapa pun asalkan peminat-peminat saya gembira," katanya.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.