Kami sempat interview seorang penyanyi yang tengah meletop di seluruh alam, Khai Bahar. Walaupun nampak malu-malu, tapi jawapan Khai ni lain macam jugak eh.
Jom kita baca apa jawapan Khai Bahar;
Kenapa produk kosmetik?
Khai Bahar: Sebab produk kosmetik ni ramai orang guna dan digunakan hari-hari. Lagipun, produk ni mampu milik jadi semua peminat Khai boleh guna.
Selain daripada lancar produk, apa perkembangan terbaru?
Khai Bahar: Lepas ni Khai akan keluarkan single dan Khai akan berduet dengan pendatang baru iaitu Fatin Husna. Rasanya single ni akan keluar pada bulan ni. Jadi, korang kena lah selalu follow media sosial Khai untuk tahu perkembangan terbaru Khai.
Khai ada tak international project?
Khai: Khai ada menyanyikan OST untuk filem Haji Kecil yang akan dikeluarkan di Indonesia. Dan filem tu akan keluar, kalau tak silap Khai bulan Ramadan ni kot. Jadi, kalau korang nak dengar benda ni kena lah tunggu tau.
Ok, apa benda yang peminat peminat masih tak tahu lagi pasal Khai?
Khai Bahar: Rasanya semua benda dah share kot dengan peminat. Macam biasa, Khai suka kucing, suka tengok hujan, suka tengok matahari terbenam dengan lepak kedai. Dan satu lagi… Khai suka berangan. Tak kisah lah berangan apa-apa pun.
3 perkataan yang melambangkan diri Khai
Khai Bahar: Poyo- Kelakar- Suka Menyanyi
Apa Harapan Khai untuk Anugerah Meletop Era?
Khai: Seperti biasa Khai harap rezeki akan berpihak kepadai Khai. Tapi, ramai juga calon-calon yang hebat. Apa-apa pun bergantgung pada rezeki lah.
Tu je dulu untuk interview dengan Khai Bahar dan korang boleh tengok Khai main game Itu Ke Ini? dekat bawah ni ...
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.