Penyanyi, Khai Bahar sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa penyanyi wanita, namun ia hanya spekulasi semata-mata.

Meskipun Khai sering diajukan soalan berkenaan jodoh, penyanyi berusia 25 tahun itu bagaimana pun tidak pernah berasa rimas.
Namun beliau sebenarnya bimbang dan takut jika soal jodoh itu dibangkitkan oleh ibunya kerana Khai masih belum bersedia dan andai dia mempunyai kekasih, tidak mungkin dia dapat menguruskan teman wanitanya itu.
Khai Bahar juga mengakui ramai peminat pernah meluahkan mahu menjadi kekasihnya, namun beliau menganggap ia lumrah biasa setiap manusia yang mahukan teman.
Sumber: Rotikaya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.