Isteri kepada Haqiem Rusli, Anis Sofea mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesyen minyak. Ini berikutan Anis mendakwa pihak tersebut melepaskan tangan setelah kereta mewah miliknya mengalami kerosakan selepas mengisi minyak di stesyen minyak tersebut.
Anis berkata kejadian tersebut berlaku di Kuala Terengganu pada bulan Mac lalu. Selepas mengisi minyak, kenderaan tersebut tidak boleh bergerak.
“Ketika itu, saya hanya isi minyak kereta seperti biasa sahaja, tetapi mungkin pihak stesen tidak memeriksa tangki yang menyalurkan minyak.
“Kemudiannya, apabila kereta mula bergerak dalam 100 meter, tiba-tiba ia keluarkan tanda amaran mengenai kerosakan yang berlaku pada enjin.
“Nasib baik ada orang sedang membaiki jalan dan kami mencelah di kawasan itu untuk parkir kereta buat sementara waktu.
“Kami terpaksa tunggu kira-kira 4 jam sebelum trak tunda sampai untuk bawa kereta ke bengkel di Kuala Terengganu, Terengganu,” dakwanya
Malah Anis juga mendakwa hasil dari pemeriksaan pihak bengkel terhadap kenderaannya, pihak bengkel menyatakan tangka minyak kenderaan tersebut mempunyai air yang dipercayai masuk setelah mengisi minyak di stesyen tersebut. Kos untuk membaik pulih kenderaan jenis Mercedes itu menelan belanja sebanyak RM50,000 dan pihak stesyen minyak tersebut seolah-olah tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas kerosakan berkenaan dan sukar memberikan kerjasama.
Pada 19 Mac lalu, pihak bengkel maklumkan kepada kami bahawa kereta mengandungi air yang banyak dalam tangki minyak dan anggaran kos membaikinya kira-kira RM50,000.
“Sebelum ini, pihak stesen minyak ada maklumkan, mereka mahu memberikan kerjasama, tetapi akhirnya tiada sebarang maklum balas selama lebih sebulan.
“Perkara itulah yang membuatkan kami marah sebab kereta ini baru sahaja digunakan dua tahun,” kongsinya.
Anis juga menyatakan dia telah membuat laporan polis dan akan melantik peguam untuk mendapatkan pembelaan di mahkamah nanti.
Sumber: Berita Harian Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.