Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Chut chut chuttt” Kenapa Suara Kita Jadi Lembut Bila Bercakap Dengan Kucing?

IDRUS, Husna Najwa
23 Jun 2025, 10:45 AM

“chut chut chuttt” kenapa suara kita jadi lembut bila bercakap dengan kucing?

Foto: Public Health Malaysia

Pernah tak anda perasan, bila kita berhadapan dengan kucing suara kita automatik jadi lembut, kecil dan penuh kasih sayang? Kadang-kadang siap buat bunyi macam cicak “chut chut chuttt” sambil hulur tangan, konon nak ajak main.

Jika kucing boleh bercakap, mungkin dia akan balas:

“Kalau takde wet food, tak payah la buat suara pelik tu, manusia!” 😾

Tetapi tahukah anda, perubahan suara ini sebenarnya ada penjelasan saintifik dan bukannya sekadar dibuat-buat semata-mata?

🧠 Otak Kita Belajar Bercakap Lembut

Menurut Public Health Malaysia, suara yang terlalu kuat boleh menakutkan atau membuat kucing menjauh. Jadi, secara automatik tanpa kita sedar otak kita ‘belajar’ untuk bercakap dalam nada yang lebih lembut dan rendah tekanan apabila berhadapan dengan makhluk gebu ini.

Lebih menarik, kucing boleh cam suara kita, terutama apabila kita gunakan ‘bunyi cicak’ tertentu yang sering dikaitkan dengan masa makan!

Ada kucing yang, bila dengar suara “chut chut chut”, terus datang sambil ekor mengembang dan pinggul bergoyang. Gaya menggoda? Mungkin. Tetapi itu tandanya mereka rasa selamat, suka dan selesa.

Ini bukan kebetulan. Nada yang kita guna itu mirip dengan ‘infant-directed speech’ iaitu cara kita bercakap dengan bayi. Nadanya tinggi, lembut, perlahan dan penuh kasih sayang. Suara begini mencipta hubungan emosional yang mendalam antara kita dan kucing.

“chut chut chuttt” kenapa suara kita jadi lembut bila bercakap dengan kucing?

Foto Hiasan

Bila kita bercakap dengan nada manja pada kucing, otak kita melepaskan hormon oksitosin iaitu hormon kasih sayang dan ketenangan. Inilah sebab kita rasa tenang, bahagia dan ‘bonding’ makin erat dengan kucing kita.

Jadi, kalau ada orang tegur kenapa kita tukar suara bila nampak kucing, ingatlah bahawa itu bukan suara kepit, itu suara kasih sayang.

Itulah suara seorang manusia yang sedang belajar menyayangi... dengan cara paling lembut di dunia.

Sayangi kucing, cakaplah lembut. Walaupun dia pura-pura tak layan, percayalah dia dengar dan rasa. Kadang-kadang, kucing lebih faham bahasa hati daripada sesetengah manusia 😸

Sumber: Public Health Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us