Baru-baru ini, pelakon Fatiya Latiff telah memuatnaik posting dilaman Instagram miliknya, menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kemenangan Wany Hasrita pada sebuah anugerah.
Namun posting tersebut telah dipadam oleh Fatiya.
Dipetik dari portal Gempak, Fatiya memberitahu dia memadam posting tersebut kerana tidak mahu foto di Instagramnya kelihatan kurang cantik.
"Saya padam kenyataan di laman sosial itu kerana berfikiran saya perlu menghormati peminat-peminat Wany.
"Selain itu, saya tak nak foto di Instagram saya kurang cantik dengan adanya posting tersebut.
"Tapi walaupun saya dah padam, saya tetap dengan pendirian yang Wany memang tidak layak untuk memenangi anugerah tersebut,"
“Ramai lagi selebriti yang sudah lama berada dalam industri dan mereka lebih popular berbanding Wany.
"Saya berhak untuk bersuara dan berhak untuk memberi pandangan mengenai kemenangan Wany sebagai Bintang Paling Popular.
"Sejujurnya, saya tidak ada masalah atau bergaduh dengan dia pun. Cuma, dia belum lagi layak untuk menang dan saya tidak berpuas hati dengan sistem keputusan pada malam itu,” katanya seperti yang dipetik dari portal Astro Gempak.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.