Foto: Kosmo
Teka-teki mengenai status Sabronzo akhirnya terjawab apabila ahli kumpulan Dolla itu mengesahkan bahawa dirinya kini telah menjadi isteri kepada Ryan Fieret.
Penyanyi berusia 30 tahun itu, yang nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, memuat naik beberapa keping gambar perkahwinan di akaun Instagramnya sebagai pengesahan.
Tanpa kapsyen panjang, Sabronzo hanya menambah emoji cincin dan hati, namun ia cukup menggembirakan peminat yang mengikuti perkembangan dirinya.
Apa yang menarik, suaminya bukanlah individu remeh, dia adalah seorang DJ dan penerbit muzik elektronik dari Belanda, yang kini menjadi anggota utama kumpulan Dash Berlin. Dalam gambar yang dikongsikan, Sabronzo menawan dengan gaun putih manakala Ryan muncul segak dalam tuksedo krim.
Turut dikongsikan ialah gambar ketika majlis akad nikah pasangan itu. Sebelum ini, tular bahawa majlis perkahwinan mereka diadakan di Bali, Indonesia, sekitar Khamis lalu.
Spekulasi mengenai hubungan mereka mula hangat sekitar Mei lalu apabila Sabronzo dan Ryan sering terlihat memberi respons di media sosial. Dikatakan mereka mula semakin rapat selepas turut sama terlibat dalam satu acara pada awal 2024.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.