Big Hit Entertainment, selaku label yang menguruskan kumpulan BTS, telah menyaman ‘haters’ atas kesalahan memberikan komen berunsurkan fitnah.
Menerusi hantaran pada 24 September, Big Hit Entertainment menulis;
“Mahkamah baru-baru ini menjatuhkan hukuman setimpal kepada seorang penulis yang berniat jahat di mahkamah, atas 3 kesalahan fitnah.
“Pelaku secara berterusan menulis posting berniat jahat dan didenda sebanyak 4 juta Won ($ 3409.45 USD, kira-kira RM 14,207.18) atas 3 kes jenayah oleh Mahkamah Daerah Timur Seoul pada 30 Julai dan 1 September 2020. Salah satunya adalah denda 2 juta Won ($ 1704.80 USD), hukuman tertinggi di mahkamah kerana kesalahan menghina. "
Big Hit seterusnya menyatakan bahawa caj tambahan akan diajukan sekiranya seseorang terus menggunakan dan membuat akaun baru untuk menulis komen berunsur jahat dan fitnah.
"Sekiranya tindakan jenayah itu berlanjutan walaupun setelah hukuman dijatuhkan, syarikat (Big Hit) akan mengajukan tuntutan pampasan sivil, dan tidak akan ada persetujuan atau kelonggaran.
‘’Adalah dimaklumkan juga mana-mana komen yang memandang ringan siasatan polis atau menyebarkan maklumat palsu berkenaan aduan itu juga diserahkan ke pengadilan sebagai bukti tambahan untuk hukuman yang lebih kuat. ", tambah Big Hit lagi.
Sumber: Allkpop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.